Terkini

Rss

Thursday, 20 November 2014
WANITA DIBUNUH GARA-GARA SAMPAH

WANITA DIBUNUH GARA-GARA SAMPAH



GEORGE TOWN - Seorang wanita telah dilanggar dan terbunuh selepas berlaku satu pertengkaran berhubung masalah pembuangan sampah.

Pemandu kenderaan terbabit, 53, dilihat mengamuk dan melepaskan marah terhadap Lee Seok Pheng, 47, dan suaminya, 57, dengan menuduhnya membuang sampah berhampiran rumahnya.

Kejadian itu berlaku di tempat letak kereta di blok apartmen di Lebuhraya Thean Teik di sini.Pemandu itu didakwa cuba merempuh Lee dan suaminya selepas bertengkar sekitar pukul 12.30 tengah malam Jumaat.

Lee rebah di atas jalan dan telah dilanggar manakala suaminya berjaya mengelak daripada dilanggar pemandu terbabit.Pemandu terbabit cuba melarikan diri dari tempat kejadian tetapi gagal berbuat demikian apabila beberapa saksi tampil membantu.

Lee disahkan meninggal dunia pada pukul 1.17 pagi di Hospital Pulau Pinang.Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Farid Alathrash dijadual mengadakan sidang akhbar mengenai kes ini, lapor mStar.
MATI TERKENA SERPIHAN PEMOTONG RUMPUT

MATI TERKENA SERPIHAN PEMOTONG RUMPUT


Balik Pulau – “Arwah sempat menoleh dan menjerit meminta saya berhenti memotong rumput,” kata Vira Osman, 34, sepupu kepada Mohamad Nazri Mohd Noor, 23, yang maut selepas terkena serpihan mata pemotong rumput ketika bekerja di dusun durian berhampiran kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) White Resort, di sini, petang kelmarin.

Vira berkata, dia yang tidak mengetahui apa menimpa sepupunya itu mematikan mesin pemotong rumput dan terkejut apabila mendapati darah memancut keluar dari belakang badan lelaki itu sebelum arwah rebah.

“Ketika itu, saya bekerja di bahagian atas bukit, manakala arwah berada di bawah kerana menebang pokok getah menggunakan gergaji mesin.

“Melihatkan keadaan sepupu yang rebah dengan badan berlumuran darah, saya dan rakan bergegas ke arahnya untuk memberikan pertolongan,” katanya ketika ditemui di rumah arwah di Mukin 1, Pulau Betong, di sini, semalam.

Vira berkata, sejurus menghampiri sepupunya itu, dia terkejut melihat bahagian kiri belakang badan arwah mengalami luka besar dan dia ketika itu masih bernyawa, namun dalam keadaan lemah, lapor Hmetro.
GURU TERSELAMAT DAKWAAN MEROGOL KERANA MATI PUCUK

GURU TERSELAMAT DAKWAAN MEROGOL KERANA MATI PUCUK


“Semua penjawat awam juga perlu bertindak bijak dalam perkongsian maklumat di media sosial terutama yang membabitkan kerahsiaan kerajaan,” - Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Razali Othman

SEREMBAN: Seorang guru matematik dibebaskan oleh Mahkamah Seksyen hari ini daripada dua pertuduhan mer0gol murid tuisyen berusia 12 tahun pada 14 dan 15 September tahun lalu.

Mahkamah membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan hari ini setelah mendapati tertuduh, Mohd Faddil Abdul Rahman, 39, berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah menerima keterangan saksi pembelaan ketiga iaitu pakar andrologist yang menyatakan Faddil mengalami masalah mati pucuk ketika kejadian r0gol itu didakwa berlaku.

Mengikut pertuduhan, Faddil didakwa mer0gol mangsa pada 14 September pada 9 malam dan 8 malam pada 15 September 2013. - Harian Metro
ASTRO TIPU RAKYAT DAN KERAJAAN ! - BUNG MOKHTAR

ASTRO TIPU RAKYAT DAN KERAJAAN ! - BUNG MOKHTAR



KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen BN-Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mendakwa saluran televisyen berbayar, Astro telah menipu kerajaan dan rakyat dengan menyiarkan iklan.

Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap stesen televisyen berbayar itu.

“Berdasarkan perjanjian, Astro tidak boleh menyiarkan iklan sebab ianya TV berbayar. (Ini) kalah TV3 (banyak iklan), kita tak nampak mereka dibawa ke mahkamah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat.

Memetik laporan BNBBC, Bung berkata, Astro mengutip iklan berbillion ringgit tetapi rakyat dan kerajaan ditipu dan menggesa, “Tutup sahaja Astro ini sebab tidak menguntungkan (rakyat dan kerajaan).”

Terdahulu, beliau mengecam tindakan syarikat tersebut menaikkan bayaran RM5 baru-baru ini namun mutu perkhidmatan masih tidak baik selain mengulang siar program sama dan lama.

Kecaman Bung Moktar terhadap Astro turut mengundang usikan daripada Timbalan Speaker Ismail Mohamad Said yang mengusik: “Kinabatangan (Bung Moktar) tak bimbang kalau ada pelakon yang tak dibenarkan masuk Astro.”

Usikan itu merujuk kepada isteri Bung Moktar, Zizie Ezette merupakan pelakon dan terdapat dramanya turut disiarkan di stesyen tersebut.

Usikan Ismail itu menyebabkan ahli-ahli parlimen turut gelak tetapi turut dijawab sambil gelak oleh Bung Moktar, katanya “rezeki ada di mana-mana”

Sementara itu, ketika menjawab persoalan berkaitan Astro, Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, iklan yang disiarkan hanya 10 minit untuk setiap sejam dan iklan merupakan satu yang universal bagi stesyen televisyen berbayar, lapor FMT.
JAWAPAN TNB TERHADAP DAKWAAN PEKERJA PUKUL PENDUDUK KAMPUNG

JAWAPAN TNB TERHADAP DAKWAAN PEKERJA PUKUL PENDUDUK KAMPUNG


Kes pukul penduduk oleh pekerja TNB di Guar Nangka Perlis masih dalam siasatan polis: Gambar pemilik tanah terbaring adalah disebabkan beliau terjatuh ketika cuba menghalang pihak kontraktor melakukan kerja-kerja tensioning. Tiada sebarang physical contact berlaku ketika kejadian.

Semalam telah menjadi perbualan hangat di media sosial di mana seorang isteri dikatakan cuba melindungi suaminya dari terus dibelasah oleh kakitangan TNB kerana keengganannya membenarkan pihak TNB memasang kabel bervoltan tinggi merentasi kawasan tanah beliau kerana tidak diberi pampasan oleh TNB.

Dibawah adalah gamabr-gambar yang tersebar di media sosial.

Dalam kejadian yang didakwa berlaku di Guar Nangka, Perlis itu bagaimana pun masih dalam siasatan pihak polis kerana terdapat percanggahan dalam laporan yang dibuat oleh kedua-dua pihak.


Berikut adalah kenyataan daripada pihak TNB di petik melalui laman sosialnya.

“Bahagian Penghantaran TNB telah memaklumkan pihak admin bahawa kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lepas apabila kontraktor TNB sedang menarik pilot wire di tanah pemilik. Sebelum itu, Bahagian Penghantaran telah cuba menyerahkan cek pampasan tetapi pemilik tanah enggan menerimanya.


Pasukan projek telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut dan pemilik tanah juga membuat laporan polis dengan kenyataan yang berbeza.

Pihak polis telah menjalankan siasatan dan menasihatkan pihak TNB untuk membuat laporan polis kedua mengenai kes ini.

Kes ini telah menjadi kes polis dan di harap warga kerja tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menjejaskan siasatan.”

Bagaimanapun kami telah cuba mendapatkan respon dari pihak TNB tetapi tiada maklumat diperolehi kerana kes ini masih didalam siasatan.
Wednesday, 19 November 2014
KD PERANTAU TLDM TENGGELAM AKIBAT MASUK AIR (7 GAMBAR)

KD PERANTAU TLDM TENGGELAM AKIBAT MASUK AIR (7 GAMBAR)


TLDM mengesahkan bahawa KD Perantau, sebuah kapal hidrografi TLDM yang sedang menjalani Senggaraan Refit di Limbungan BNS, telah mengalami kebanjiran pada 18 Nov 2014 jam 1117 malam.

Usaha menyelamatkan kapal sedang giat dilaksanakan oleh BNSSB dengan dibantu oleh TLDM. Tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku.

KD PERANTAU adalah sebuah kapal hidrografi yang dibina di Limbungan Hong Leong- Lursen, Pulau Pinang dan ditauliahkan pada 12 Okt 1998.






Kapal telah diserahkan ke Limbungan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) untuk menjalani rutin kerja-kerja selenggaraan pasang pulih(refit) mulai 10 Nov 14 . Kapal dijangka siap dan diserah kembali ke TLDM pada 10 Ogos 15.

Hampir kesemua peralatan mudah alih seperti motor, pam dan peralatan pengukuran telah dikeluarkan dari kapal sebelum kejadian berlaku sebagai prosedur apabila kapal menjalani refit. Sebuah Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi mengenalpasti punca kejadian. 
WANITA CEDERA DITAMPAR PEMANDU TEKSI (4 GAMBAR)

WANITA CEDERA DITAMPAR PEMANDU TEKSI (4 GAMBAR)


Selepas kes pembuli jalan raya yang didakwa mengganggu dan merosakkan kereta seorang wanita di Jalan Subang Jaya USJ - Shah Alam dilaporkan telah ditahan polis, kurang 24 jam selepas kejadian itu.

Kini satu lagi kes seorang wanita ditampar oleh seorang lelaki pemandu teksi kerana enggan mengundurkan kereta di jalan 2 hala belakang Hotel Istana, Jalan Raja Chulan.





Menurut wanita berkenaan dia ditampar selepas lelaki berkenaan melanggar keretanya dan cuba mengalihkan sendiri kereta wanita berkenaan.

Facebook 'Friends of BN' telah berkongsi imej wanita terbabit yang cedera dimulut akibat ditampar.

Gambar teksi dan report polis yang dibuat wanita terbabit juag dilampirkan, yang pasti wanita terbabit juga telah menjadi mangsa pembuli jalan raya yang tidak bertanggung jawab.
Tuesday, 18 November 2014
PUNCA LANGIT MAKKAH GELAP & KEMERAH MERAHAN (3 GAMBAR & VIDEO)

PUNCA LANGIT MAKKAH GELAP & KEMERAH MERAHAN (3 GAMBAR & VIDEO)


Menerusi applikasi laman sosial whatsapp, kini tersebarnya fenomena bumi Mekah bergelap dipercayai berlaku pada pukul 1.30 petang waktu tempatan. Rakaman insiden tersebut sempat dirakam oleh jemaah Malaysia yang berada di Mekah sebelum disebarkan dilaman sosial. Berdasarkan maklumat saksi, langit di Mekah pada ketika itu berwarna Merah serta disusuli dengan keadaan gelap walhal waktu pada ketika itu adalah pukul 1.30 petang. Untuk info, kejadian itu adalah fenomena ribut pasir yang biasa terjadi di Mekah atau tanah arab dan bukannya petanda kiamat seperti yang didakwa dilaman sosial.

Fenomena langit merah atau gelap bukan petanda kiamat sebaliknya ianya adalah fenomena ribut pasir yang sering berlaku dan melanda Kota Mekah. Ketika ribut pasir melanda, jarak penglihatan akan terhad manakala langit pula akan gelap seperti malam berikutan diselubungi pasir dan debu.

Dikatakan juga kejadian ini berlaku disebabkan oleh peralihan musim dari musim panas ke musim sejuk di Mekah memang terjadi fenomena mcm tu katanya tapi rahsia Allah lagi luas. Wallahhualam


MH370: TANAH KUBUR MASIH BELUM NAMPAK,SUDAH CARI PENGGANTI

MH370: TANAH KUBUR MASIH BELUM NAMPAK,SUDAH CARI PENGGANTI


Lelaki yang didakwa suami kepada seorang mangsa MH370 ketika melangsungkan majlis perkahwinan baru-baru ini.

PETALING JAYA: Status penumpang dan kru MH370 yang hingga kini masih belum dimuktamadkan bukan sahaja menyebabkan kepiluan kepada waris mangsa, malah ia turut menjadi 'penghalang' untuk mereka meneruskan kehidupan. Antara masalah yang didepani waris mangsa terlibat ialah untuk membina rumahtangga dengan pasangan baharu.

mStar Online difahamkan, keadaan ini dialami sekurang-kurangnya seorang waris mangsa apabila dia terpaksa bernikah di negara jiran, sebelum mendaftarkan perkahwinannya di negara ini. alahan, pasangan ini juga mungkin berdepan tindakan undang-undang kerana mengamalkan poligami tanpa kebenaran kerana isteri baharunya bermadukan seseorang yang tidak diketahui statusnya sama ada meninggal dunia atau ghaib.

Sumber memberitahu mStar Online, suami salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac lalu terpaksa memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah awal November. Bapa kepada empat anak itu menghadapi kesukaran kerana tidak dapat mengemukakan surat kebenaran isterinya untuk membolehkan dia bernikah kali kedua.

"Sijil kematian isterinya juga tidak dikeluarkan, jadi sukar untuk bernikah dalam negara, oleh itu pasangan itu ke Songkla, Thailand dan kini memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami," katanya kepada mStar Online. Menurut sumber itu lagi, lelaki berkenaan mengahwini seorang wanita yang berasal dari Muar, Johor dan bekerja di ibu negara.

"Majlis meraikan pasangan pengantin baharu ini juga dilangsungkan secara kecil-kecilan di sebuah homestay di Langat bulan lalu," kata sumber itu.

Isteri lelaki terbabit merupakan antara 239 penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang sedang dalam perjalanan ke Beijing apabila hilang awal pagi pada 8 Mac sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Analisis satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat ialah di selatan Lautan Hindi, barat Perth, Australia. Bagaimanapun, usaha mengesan pesawat itu terus buntu kerana tiada sebarang bukti ditemui walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) diperluaskan.

Baru-baru ini, seorang ahli Parlimen meminta mufti dan pihak berwajib mengeluarkan fatwa bagi menjelaskan kekeliruan dialami waris penumpang dan kru pesawat MH370 yang masih hilang sehingga kini. Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, fatwa itu perlu untuk mencari penyelesaian dan tidak timbul lagi kekeliruan dari segi harta, wasiat, insurans dan sebagainya berkaitan anggota keluarga mereka.
PEROMPAK PUTUS TANGAN DITETAK TUAN RUMAH (3 GAMBAR)

PEROMPAK PUTUS TANGAN DITETAK TUAN RUMAH (3 GAMBAR)


SEREMBAN: Seorang penjenayah putus tangan kanan akibat ditetak oleh tuan rumah yang dicerobohinya di Taman Sikamat Utama di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, empat lelaki bersenjatakan parang memasuki rumah teres setingkat yang dihuni sepasang suami isteri dengan memotong besi tingkap.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata dua daripada empat lelaki terbabit memasuki sebuah bilik dan menyerang tuan rumah dengan menumbuk mukanya bertubi-tubi.

Bagaimanapun, katanya mangsa melawan balik dan berjaya mengambil sebilah parang lalu melibas seorang penyerang.



"Penyerang terbabit putus tangan kanan dan melarikan diri dari rumah itu, tetapi ditemui terbaring di kawasan semak berdekatan. Tiga rakannya yang lain melarikan diri dengan menaiki sebuah van putih," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, penjenayah terbabit bersama tangan yang putus dan mangsa yang cedera pada muka dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk rawatan.

"Siasatan mendapati pasangan suami isteri yang kerugian kira-kira RM5,000 akibat kehilangan barang kemas dan wang tunai serta empat penjenayah terbabit adalah etnik Rohingya dari Myanmar," katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. - Berita Harian

Wednesday, 12 November 2014
KERETA JPJ DITERBALIKKAN DAN DIBAKAR ORANG RAMAI (8 GAMBAR)

KERETA JPJ DITERBALIKKAN DAN DIBAKAR ORANG RAMAI (8 GAMBAR)


Kereta JPJ ditebalikan dan dibakar kerana penyebab 11 kenderaan Kemalangan | Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini.

Difahamkan 15 orang cedera dalam kemalangan tersebut, dengan tiga daripadanya dirawat di hospital, kerana cedera parah.

Lagi gambar dan video di bawah ini...

Tiada kematian dilaporkan setakat ini.


Gambar sebelum kereta JPJ diterbalikkan dan di bakar

Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta.

Saksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda itu.
Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka.

Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah “bakar!”

Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur.

Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api. antara yang terlibat 1 kereta JPJ, 1 lori sawit besar, 1 lori tanah, 1 wira, 1 waja, 1 jeep suzuki, 1 kancil, 2 bas & 1 motor.










no image

MAUT DIHEMPAP KILANG RUNTUH


GEORGETOWN – Seorang lelaki maut selepas bumbung sebuah kilang di Kampung Jawa di Bayan Baru di sini, runtuh dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang tadi.

Mangsa, Wan Nazri Wan Mokhtar, 48, meninggal dunia selepas dipercayai terperangkap dalam timbunan konkrit yang runtuh itu.


Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohamad Shoki Hamzah, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 6.58 petang sebelum berkejar ke tempat kejadian.

“Mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan itu dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya berjaya dikeluarkan kira-kira jam 7.28 malam.

“Kerja pembersihan di lokasi kejadian sudah dijalankan dan tiada mangsa lain terbabit. Kita masih menyiasat punca kejadian,” katanya ketika dihubungi, lapor Berita Harian.
no image

OPERASI NO. PLAT DIHENTIKAN SERTA-MERTA GARA-GARA DIHENTAM BERTALU-TALU OLEH ORANG RAMAI ?

Satu surat daripada Pengarah JPJ dikeluarkan hari ini supaya penguatkuasaan ke atas kesalahan mempamir nombor plat yang tidak mengikut peraturan ditangguhkan serta merta atas arahan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mula tersebar di media sosial.

Arahan ini mungkin berikutan respon negatif yang diterima oleh jabatan itu oleh rata-rata rakyat Malaysia yang mempertikaikan alasan plat nombor kenderaan sebagai punca kematian di jalan raya.

Ini pertama kali Jabatan itu dihentam secara bertalu-talu lebih kurang seminggu lamanya dan berterusan sehingga kini oleh warga media sosial yang menyebarkan gambar-gambar bukti salah laku yang dilakukan oleh jabatan penguatkasaan di jalan raya itu.

no image

BAPA GADIS TOLAK LELAKI JADI MENANTU GARA-GARA KERJA SEBAGAI ANGGOTA JPJ !


Satu perbualan whatsapp tersebar di media sosial di antara seorang lelaki dan bapa gadis yang ingin dikahwininya. Di dalam perbualan itu, pada mulanya bapa gadis pilihannya seolah-olah sudah bersetuju dan tidak kisah latarbelakang pekerjaan lelaki itu asalkan mampu menjaga anaknya.

Walaubagaimanapun, sejurus mengetahui lelaki itu bekerja sebagai anggota JPJ, dia lantas menolak bulat-bulat lelaki untuk menjadi menantunya.

Namun, perbualan Whatsapp ini seakan-akan satu lagi rekaan troll daripada warga Malaysia terhadap Jabatan Pengangkutan Jalan itu!

no image

KISAH SEBENAR 4 BERADIK DIHALAU DARI RUMAH DENGAN BEKALAN RM70 DARI RUMAH



Empat kanak-kanak yang ditemui merayau-rayau di sebuah restoran di Sibu Jaya petang Sabtu lalu difahamkan keluar dari rumah tanpa kebenaran, bukannya dihalau oleh ibu bapa angkat mereka sebagaimana yang tersebar dan menjadi viral di media sosial.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Mohd Kamal Kodri berkata, ibu angkat mangsa berusia 32 tahun yang tinggal di Taman Kristal, di sini membuat laporan polis Ahad lalu memaklumkan empat anak angkatnya berusia dua hingga tujuh tahun tiada di rumah.

Katanya, semua kanak-kanak itu ditinggalkan di rumah sebelum wanita berkenaan keluar, tetapi sebaik pulang mendapati mereka tiada di rumah dengan mangga kunci jeriji dipecahkan.

"Hasil siasatan awal bersama ibu angkat kanak-kanak itu, dia mengesahkan tiga kanak-kanak berusia dua, enam dan tujuh tahun itu diambil sebagai anak angkat daripada saudaranya pada awal tahun lalu, manakala seorang lagi berusia tujuh tahun diambil sejak lahir.

"Wanita itu memaklumkan, ketika dia keluar, anak angkatnya ditinggalkan di rumah dengan jeriji dikunci dengan mangga, Mereka ditinggalkan tanpa penjaga, namun semua keperluan seperti makanan disediakan," katanya.

Mohd Kaml berkata, pemeriksaan doktor mendapati kanak-kanak itu secara fizikal sihat dan cukup nutrisi.

"Ada tanda cedera lama, tetapi tiada tanda penderaan dan mungkin kecederaan itu disebabkan jatuh sendiri kerana pada pemerhatian awal, kanak-kanak itu aktif.

"Terlalu awal membuat penilaian mengenai kes ini kerana siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Kanak-kanak terbabit ditempatkan di Hospital Sibu untuk sementara waktu. Kes ini juga sudah dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sibu," katanya.

Kisah mengenai empat kanak-kanak yang ditemui merayau-rayau dengan membawa dua beg dan payung di depan sebuah restoran di Sibu Jaya, Sabtu lalu, kini menjadi viral di laman sosial, kononnya dihalau ibu bapa.

Pemeriksaan dalam beg yang dibawa kanak-kanak itu menemui botol susu, lampin pakai buang, pakaian dan wang berjumlah RM70.

Kanak-kanak itu mendakwa dihalau ibu mereka, namun gagal memberikan alamat ibu bapa mereka. Semua kanak-kanak ini dibawa ke Balai Polis Sibu Jaya untuk laporan polis sebelum dibawa ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan. - Harian Metro

Gambar terkini mereka di Hospital Sibu:

Copyright © 2012 ISU PANAZ ! All Right Reserved